قالب وردپرسافزونه وردپرسقالب فروشگاهی وردپرسقالب وردپرسقالب صحیفه
Hufaz

Hufaz

Kumpulan nasyid Hufaz dianggotai oleh 4 orang pemuda yang mempunyai minat mendalam terhadap irama yang mendidik jiwa. Idea asal penubuhan kumpulan ini dicetuskan oleh saudara Amir Arshad pada tahun 2004 apabila beliau mendapat tawaran untuk merakamkan sebuah album nasyid dengan Lacosta Records Entertainment.

Bermula tahun 2009, Hufaz yang berwajah baru bersatu hati untuk memperjuangkan irama nasyid secara lebih serius telah menerima pelbagai undangan persembahan nasyid dan selawat bagi pelbagai jenis majlis.

Alhamdulillah pada tahun 2011 Hufaz mendapat tawaran merakamkan sebuah lagu ciptaan Saudara Munif Ahmad (Hijjaz) yang dimuatkan dalam album Kompilasi Lagu Nasyid Terbaik Hijjaz Records. Kemudian Hufaz mendapat tawaran merakamkan album Selawat dengan Nasyeed.com selain sebuah album mini bersama Loonaq Records.

Songs

Ads

قالب وردپرسافزونه وردپرسقالب فروشگاهی وردپرسقالب وردپرسقالب صحیفه