قالب وردپرسافزونه وردپرسقالب فروشگاهی وردپرسقالب وردپرسقالب صحیفه

Fadzli Fareast menang besar dalam Anugerah Nasyid 2017

Fadzli Fareast menang besar dalam Anugerah Nasyid 2017

SHAH ALAM: Lagu Syahadah nyanyian dan ciptaan Fadzli Fareast dinobatkan sebagai juara Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Fadzli membawa pulang wang tunai RM10,000 dan kepingan emas bernilai RM15,000.

Fadzli turut merangkul dua anugerah lain iaitu Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik, sekali gus menerima wang tunai dan kepingan emas masing-masing bernilai RM1,500.

Naib juara diungguli Lah Ahmad yang menyampaikan lagu Salam, seterusnya membawa pulang wang tunai RM8,000 dan kepingan emas bernilai RM13,000.

Sementara itu, lagu nyanyian Daqmie berjudul Jalan Syahadah dipilih juri sebagai pemenang tempat ketiga dengan menerima wang tunai RM5,000 dan kepingan emas bernilai RM6,000.

AN17 turut mengangkat lagu Penyelamat nyanyian Hafiz Hamidun sebagai Lirik Terbaik, manakala kumpulan, Simfoni dianugerahkan sebagai Artis Baharu Terbaik. Anugerah Muzik Video Terbaik pula menjadi milik kumpulan Al-Manna menerusi lagu Ajarkan Aku Setia.

Setiap kategori membawa pulang trofi dan kepingan emas bernilai RM1,500.Hadiah disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asraf Wajdi Datuk Dusuki.

Selain anugerah utama, AN17 turut mempertandingkan kategori pilihan pendengar atau penonton iaitu Anugerah Lagu Pilihan yang dimenangi UNIC yang turut menggondol anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan, manakala Fadzli Fareast diumumkan pemenang kategori Artis Solo Pilihan.

Selain trofi, pemenang kategori pilihan pendengar atau penonton turut membawa pulang kepingan emas bernilai RM1,000.

Pemenang diadili juri profesional terdiri daripada Farihin Abdul Fattah selaku ketua juri, Rozman Shafie (LY), Amran Omar, Norkhayati Mohd Hashim (Baiduri), Siti Hajar Ismail dan Juliza Adzlizan Abdul Rafar.

https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2018/01/375173/fadzli-fareast-menang-besar-dalam-anugerah-nasyid-2017

Oleh Muhamad Fairoz Azizan
Facebooktwittergoogle_plusyoutubetumblrinstagramby feather
Facebookgoogle_pluspinterestmailby feather
قالب وردپرسافزونه وردپرسقالب فروشگاهی وردپرسقالب وردپرسقالب صحیفه