قالب وردپرسافزونه وردپرسقالب فروشگاهی وردپرسقالب وردپرسقالب صحیفه
Ali Terra Rossa

Ali Terra Rossa

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang muzik sebagai penyanyi pada tahun 1990 dalam kumpulan Terra Rossa. Setelah menghasilkan dua buah album, Ali bergerak sebagai penyanyi solo pada tahun 1995 dengan album solonya.

Apabila Mael menarik diri sebagai penyanyi dari kumpulan XPDC pada tahun 1997, Ali telah diambil untuk menggantikan tempatnya.

Pada penghujung 2005 pula, Ali mengundurkan diri dari Kumpulan XPDC atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Setelah keluar dari Kumpulan XPDC, Ali bersama beberapa orang pemuzik lain telah menubuhkan pula Kumpulan Mpire pada penghujung 2005. Namun kumpulan tersebut tidak dapat bertahan lama disebabkan keadaan pasaran muzik tempatan yang suram.

Kemudian Ali kembali menyanyi secara solo dan single terbarunya berjudul Sepi Rindu telah diterbitkan oleh LIFE Records & diterbitkan pada tahun 2011.

Pada tanggal 15 hingga 17 Mac 2013, Ali bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu Zamani Slam, Saleem Iklim, Aris Ariwatan dan Rahmad Mega menjayakan sebuah konsert iaitu Konsert Gegar 5 Legenda bertempat di Istana Budaya. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi ‘otai’ tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.

Ali kemudiannya mengumumkan beliau telah berhijrah dan menghasilkan album baru yang lebih bercirikan kerohanian. Album tersebut mendapat kerjasama dari penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus sebagai penulis lirik.

Songs

Ads

قالب وردپرسافزونه وردپرسقالب فروشگاهی وردپرسقالب وردپرسقالب صحیفه