قالب وردپرسافزونه وردپرسقالب فروشگاهی وردپرسقالب وردپرسقالب صحیفه
Alfira

Alfira

‘Alfira‘ bukanlah satu nama baru dalam industri muzik tempatan. Pembabitan awal beliau bermula setelah memenangi beberapa pertandingan nyanyian termasuk pernah mewakili Malaysia di pertandingan ASIA BAGUS yg berlangsung di Singapura pd thn 1995.Setelah itu beliau telah ditawarkan untuk merakamkan album di bawah syarikat EMI pd thn 1997. Pada masa itu Alfira membawakan konsep alternatif. Setelah lama menyepikan diri, kini Alfira kembali dengan sesuatu yang baru. Alfira memilih dakwah sebagai landasan untuk beliau menyampaikan sesuatu yang lebih bermakna kepada masyarakat. Bagi Alfira, dakwah merupakan suatu medan pandidikan yang sangat ‘efektif’ dalam membentuk minda, perasaan dan jati diri seseorang.

Alfira terpanggil untuk melakukan sesuatu sebagai sumbangannya dalam usaha membentuk dan mendidik manusia, justeru beliau telah menjadikan keseluruhan liriknya mempunyai unsur-unsur didikan yang terus membawa manusia kembali kepada fitrah asal iaitu mengenali Tuhan lantas cinta dan takutkan Nya.

Konsep yang cuba dibawa oleh Alfira berkisah tentang ‘kemanusiaan & kasih sayang’. Pendekatannya lebih kepada ‘spiritual’ kerana sasarannya adalah jiwa manusia yang sentiasa berhadapan dengan berbagai krisis dan kemelut. Dengan menggunakan khidmat Shanazron sebagai penerbit yang berpengalaman, maka telah terbitlah satu konsep yang cukup unik sekali.

Songs

Ads

قالب وردپرسافزونه وردپرسقالب فروشگاهی وردپرسقالب وردپرسقالب صحیفه